880 buah rumah penduduk Gaza musnah atau rosak

GAZA, 14 Nov 2018 — Menteri Kerjaraya dan Perumahan di Gaza, Mufid Hasayinah, menegaskan bahawa berdasarkan pemantauan awal serangan terkini tentera Zionis ke atas penduduk Gaza, sebanyak 880 buah rumah telah musnah keseluruhan atau rosak sebahagiannya.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan malam tadi, Mufid menyatakan, “Pemantauan awal tentang kerosakan akibat serangan terakhir Zionis, setelah melakukan kunjungan ke lapangan bangunan-bangunan yang menjadi sasaran, sebanyak 80 buah rumah bancur sama sekali, 50 lain rosak teruk, dan 750 yang lain rosak sebahagiannya.”

Beliau menjelaskan bahawa 80% daripada kerosakan berlaku di Kota Gaza.

Sementara itu, jentera-jentera berat kementerian telah memulakan kerja-kerja pembersihan dan membuka semula jalan-jalan.

(PIC)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts