AL-QUDS, 29 Okt 2017 — Pasukan polis Zionis mengiringi 71 pendatang Yahudi dan 18 pelajar Yahudi menceroboh masuk Masjid al-Aqsa dalam gerombolan yang berbeza melalui Pintu al-Maghareebah pagi tadi.
Sejurus selepas mereka menceroboh masuk, polis Zionis mengepung perkarangan tapak suci umat Islam itu, sehingga mereka selesai dan keluar melalui Pintu al-Silsila.