9 penduduk Palestin diculik

RAMALLAH, 13 Nov 2018 — Tentera penjajah Zionis menculik sekurang-kurangnya sembilan penduduk Palestin dari beberapa daerah di Tebing Barat malam tadi.

Di selatan Tebing Barat, seramai dua orang diculik iaitu Mustafa Jawad Salmi dari kem pelarian al-Fawwar dan Ziad al-Adra dari bandar Yatta di al-Khalil. Manakala di Beit Lahm, dua lagi pemuda diculik iaitu Muhammad Ali Hassan Taqatqa, 18, dan Hummam Karaka dari bandar Beit Fajjar.

Sementara di Baitumaqdis, empat bekas tahanan diculik iaitu Rawhi al-Kalghasi, Jihad Qaws, Muhammad Munis dan Jamil Issa al-Abassi, 38.

Di Ramallah pula, tentera Zionis menculik pemuda Abdullah Muhammad Mahmoud al-Barghouthi.

Menurut pertubuhan hak asasi Addameer, lebih 5,640 penduduk Palestin kini merengkok dalam penjara Zionis.

(Maan, IMEMC)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts