AL-KHALIL, 13 Jan 2019 — Tentera penjajah Zionis menculik sekurang-kurangnya sembilan penduduk Palestin dari wilayah al-Khalil, Tulkarem dan Qalqilya di Tebing Barat, malam tadi.

Seramai lima mangsa diculik dari wilayah al-Khalil di awal pagi. Manakala di wilayah Tulkarem, dua penduduk Ahmed Abu Daji dan Muwafaq Zaytoun diculik.

Tentera Zionis turut menggempur beberapa kawasan Qalqilya dan menculik dua orang penduduk termasuk kanak-kanak Uday al-Ammour, 16.

(IMEMC, PIC)

SHARE