BAITULMAQDIS, 2 Apr 2018 — Seramai 98 penduduk Palestin cedera dalam pertempuran dengan pasukan polis Zionis di bandar Abu Deis di Baitulmaqdis petang semalam.

Bulan Sabit Merah Palestin melaporkan 87 orang mangsa cedera sesak nafas terkena serangan gas pemedih mata yang sangat banyak.

Pertempuran tercetus apabila kumpulan pemuda Palestin berdemonstrasi berdekatan Tembok Pemidah Abu Deis bagi membantah pembunuhan di sempadan Gaza. Tentera Zionis membunuh 17 penduduk Gaza dan mencederakan lebih 1,500 yang lain yang menyertai perhimpunan Perarakan Pulang Besar-besaran di sempadan Gaza sejak Jumaat lalu.

(PIC)

SHARE