Ahli Parlimen Palestin dipenjara tanpa pengadilan

AL-KHALIL, 14 Nov 2018 — Ahli Parlimen Palestin dari al-Khalil, Mohamed Motleq Abu Ejheisha, dikenakan tahanan pentadbiran tanpa sebarang pedakwaan atau pengadilan selama empat bulan.

Beliau ditangkap pada 7 November lalu, dan dikurung dalam penjara Ofer di barat Ramallah.

Selain Mohamed Motleq, empat lagi Ahli Parlimen termasuk seorang wanita dikurung dalam penjara Zionis iaitu Dr. Naser Abdul Jawad, Khalida Jarrar, Ahmad Saadat, dan Marwan al-Barghouthi.

(PIC)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts