Al-Arouri: “Undang-Undang Negara Yahudi” permulaan kepada fasa baharu keganasan Zionis

GAZA, 22 Julai 2018 — Timbalan Ketua Biro Politik Hamas, Saleh al-Arouri, hari ini berkata bahawa pencerobohan besar-besaran pelampau Yahudi ke dalam Masjid al-Aqsa merupakan terjemahan pertama “Undang-Undang Negara Yahudi” yang diluluksan oleh parlimen Zionis hari Khamis lalu, sekaligus menandakan bermulanya fasa baharu keganasan mereka ke atas Baitulmaqdis dan tapak-tapak suci di situ.

Al-Arouri memuji penduduk Palestin yang bergegas ke Masjid al-Aqsa hari ini, untuk cuba menghalang pendatang Yahudi menceroboh masuk tapak suci itu. Beliau juga menyeru lebih ramai penduduk Palestin dari Tebing Barat dan Wilayah 1948 yang terjajah berada di al-Aqsa dalam beberapa hari akan datang.

Beliau mendesak bangsa-bangsa Arab dan dunia Islam memberi sokongan kepada penduduk Palestin di Baitulmaqdis dan mengambil berat pencabulan Yahudi ke atas tapak suci umat Islam itu.

Khamis lalu, parlimen Zionis meluluskan undang-undang baharu yang mentakrif “Israel” sebagai tanah air kaum Yahudi, dan menegaskan bahawa hanya orang Yahudi mempunyai hak ekslusif menentukan identiti atau polisi negara tersebut.

Undang-undang rasis itu turut menyatakan “kesatuan Jerusalem” sebagai ibukota, dan bahasa Ibrani sebagai bahasa rasmi negara.

Klausa lain menyebut “pembangunan penempatan [haram] Yahudi sebagai satu nilai kebangsaan dan akan berusaha menggalakkan pembinaan serta penyatuannya”.

Undang-undang itu membatalkan Bahasa Arab sebagai bahasa rasmi di samping Bahasa Ibrani, dengan memberikan “status khas” supaya bahasa tersebut boleh terus digunakan di institusi-institusi Zionis.

(PIC)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts