Amerika tekan 9 negara Arab sokong kutukan ke atas Hamas

NAZARETH, 5 Dis 2018 — Pentadbiran Amerika hari ini dilaporkan memberi tekanan ke atas sembilan buah negara Arab supaya menyokong undian deraf resolusi mengutuk Hamas di Perhimpuan Agung PBB, yang dijadualkan pada hari Khamis.

Wakil Khas Amerika bagi Rundingan Antarabangsa, Jason Greenblatt, telah menghantar permohonan sokongan tersebut kepada wakil-wakil Maroko, Oman, Bahrin, Jordan, Arab Saudi, Kuwait, Emirat Arab Bersatu, Mesir dan Qatar.

Dalam surat beliau, Greenblatt berkata bahawa sikap Pihak Berkuasa Palestin (PA) membantah cadangan Amerika itu sebagai hipokrit “kerana ia [PA] menganggap Hamas sebagai musuh dan mengenakan sekatan ke atasnya.”

Greenblatt menulis bahawa negara yang menentang keganasan dan mahukan kestabilan di wilayah tersebut tidak mempunyai sebarang alasan untuk menolak cadangan Amerika.

Deraf resolusi yang dicadangkan oleh Amerika itu telah dipinda selepas berbincang dengan beberapa negara Eropah, untuk mendapatkan sokongan yang lebih tinggi.

(PIC)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts