BAITULMAQDIS, 1 Feb 2018 — Setahun lalu, 50 keluarga pendatang Yahudi dipaksa megosongkan kawasan pos penempatan haram Amona selepas tiga tahun Mahkamah Tinggi Zionis mengeluarkan arahan. Kini apa yang terjadi ke atas tanah milik penduduk Palestin itu?

Hingga ke hari ini tentera Zionis masih melarang penduduk Palestin, termasuklah pemilik-pemilik tanah yang ingin mengusahakan semula kebun mereka di Amona, memasuki kawasan tersebut. Pada masa yang sama, pendatang Yahudi terus dibenarkan masuk walaupun tanah itu telah diputuskan oleh mahkamah sebagai milik penduduk Palestin.

Sebagai persiapan mengosongkan Amona, komandan tentera Zionis Jeneral Rony Nom mengisytiharkan kawasan tersebut sebagai zon larangan tentera kononnya bagi memastikan undang-undang dipatuhi, menghalang pembinaan secara haram serta menyekat pemberontakan pelampau Yahudi yang ingin kembali ke situ.

Hanya seminggu lalu, gerombolan pendatang Yahudi masuk untuk melakukan ritual kononnya bagi memperingati ulang tahun pertama mereka “meninggalkan” Amona. Bahkan seorang rabai Yahudi mendakwa mereka masuk ke kawasan tersebut pada setiap hari Jumaat.

Penduduk Palestin masih terpaksa menanti tanah mereka diserahkan kembali. Para pendatang sebenarnya tetapi mereka tidak pernah berudur dari penempatan haram itu, tidak kira apa sekalipun keputusan mahkamah.

(PIC)

SHARE