Askar Zionis pukul tahanan mogok lapar apabila enggan dirantai ke katil hospital

AL-KHALIL, 4 Mei 2016 (IMEMC) — Tahanan mogok lapar Sami Janazra dipukul oleh beberapa orang askar Zionis apabila enggan digari dan dirantai ke katil rawatan beliau di Hospital Soroka.

Seorang peguam Peratuan Tahanan Palestin melaporkan bahawa Sami, 41, yang melancarkan mogok lapar sejak 62 hari lalu enggan membenarkan kaki dan tangannya dirantai ke katil hospital, dan kemudiannya enggan meminum air sebagai membantah tindakan pihak rejim mendera beliau.

Beliau yang kini kehilangan berat sebanyak 25kg mendapat layanan buruk dari pada doktor dan jururawat di hospital Zionis itu.

Sami memulakan mogok lapar pada 3 Mac lalu ketika ditahan di kem tahanan Gurun Naqab. Pada 13 Mac, tahanan pentabdiran ke atas beliau dilanjutkan untuk tempoh empat bulan lagi, iaitu perlanjutan tempoh tahanan kali kedua sejak beliau ditangkap pada 15 November 2015.

Tahanan dari kem pelarian al-Fawwar itu mengalami masalah buah pinggang dan beberapa penyakit lain. Beliau sebelum ini pernah dipenjara sebanyak lima kali.

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on email
Email

Related Posts