Ringkasan

Ayman Akhiri Mogok Lapar

ayman-2RAMALLAH, 1 Julai 2014 (IMEMC | PNN) — Tahanan Palestin Ayman Tbeish akhirnya menghentikan mogok lapar setelah melakukannya selama 122 hari.

Peguam beliau, Jawad Buluos, dalam kenyataannya Isnin lalu menyebut bahawa Ayman membuat keputusan untuk menghentikan mogok lapar setelah mencapai satu persetujuan dengan rejim Zionis bagi menghadkan tahanan ke atasnya.

Doktor sebelum ini mengeluarkan amaran tentang kesihatan Ayman yang semakin merosot, di mana beliau menghadapi tekanan darah rendah, masalah buah pinggang dan tidak berdaya untuk berdiri.

Ayman memulakan mogok lapar pada 28 Februari lalu apabila beliau ditahan tanpa sebarang pendakwaan atau pengadilan di penjara Zionis. Setelah keadaan kesihatannya semakin merosot, beliau dipindahkan ke sebuah hospital Zionis.

Sekitar 125 tahanan Palestin mengadakan mogok lapar selama lebih 60 hari sebagai membantah tahanan tanpa pendakwaan atau pengadilan.

Dalam perkembangan berkaitan, Palestinian Prisoner’s Club (PPC) mendedahkan seramai 24 rakyat Palestin dikenakan tahanan pentadbiran hari ini. Seramai 167 orang ditahan di bawah tahanan pentadbiran sejak kempen tenetra Zionis mencari tiga peneroka Yahudi yang hilang.

Jumlah keseluruhan mereka di bawah tahanan pentadbiran adalah 364 orang. Melalui tahanan pentadbiran, rejim Zionis boleh menahan rakyat Palestin tanpa sebarang pendakwaan atau pengadilan dalam tempoh yang tidak ditetapkan.

Lebih 5,700 rakyat Palestin kini berada dalam tahanan Zionis.

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on telegram
Telegram

Related Posts