GAZA, 18 Jun 2016 (BHP) — Anak-anak Gaza sangat tidak asing dengan al-Quran dan program-program mendalami ilmu serta menghafal kita suci itu.

Namun sebahagian besar daripadanya terhalang peluang mereka akibat langkah-langkah kejam rejim Zoinis yang mengurung penduduk Gaza dari dunia luar sejak 10 tahun lalu, dikeruhkan lagi dengan serangan besar-besaran, sehingga mereka terpaksa hidup dalam serba kemiskinan.

Ramadan kali ini, HALUAN dengan kerjasaam al-Sarraa Foundation sekali lagi menganjurkan program halakah-halakah hafazan al-Quran bagi memberi peluang kepada anak-anak ini mendalami al-Quran dan mengambil manfaat dari bulan yang mulia ini.

Video berikut menunjukkan sekumpulan anak-anak yang mengikuti halakah di Masjid Lama al-Ajmi, Gaza.

Semoga sumbangan anda dapat membina anak-anak Gaza yang lebih kuat untuk membebaskan Masjid al-Aqsa dan seluruh bumi Palestin, inshaAllah. Hanya Allah yang layak membalas kebaikan anda di bulan yang penuh keberkatan ini.

Sumbangan boleh disalurkan melalui

Tabung Palestin HALUAN
Maybank Berhad : 5644-9020-8528
Bank Islam Malaysia Berhad : 14-023-01-003429-2

SHARE