Barak arah Jerusalem dan Tebing Barat dikurung sepenuhnya

Menteri Pertahanan Israel, Ehud Barak, mengeluarkan arahan supaya Jerusalem dan Tebing Barat dikurung sepenuhnya pada setiap malam, mulai hari Khamis 11 Mac. Arahan beliau itu dibuat setelah Polis Israel mengeluarkan amaran kemungkinan berlaku pertempuran di Jerusalem.

Pusat Media Antarabangsa Timur Tengan (IMEMC) melaporkan bahawa Polis Israel mendakwa mereka menerima maklumat perisikan mengenai kemungkinan akan berlaku beberapa pertempuran di Old City, Jerusalem. Menurut Polis Israel lagi, sekiranya pertempuran-pertempuran itu berlaku, ia berkemungkinan besar akan merebak ke seluruh Tebing Barat.

Ribuan anggota polis dikerahkan ke Old City, Jerusalem sementara pasukan tentera Israel turut meningkatkan kekuatan mereka dan juga menutup beberapa daerah di Tebing Barat. Tentera dan Polis Israel juga membina sekatan-sekatan jalanraya di beberapa tempat di sekitar Timur Jerusalem, terutama jalan-jalan menghala ke Masjid Al Aqsa. Polis dan tentera Israel juga membanjiri kawasan Masjid Al Aqsa.

Walaupun kehadiran polis dan tentera Israel menyukarkan pergerakan mereka, ratusan penduduk Palestin dari daerah-daerah di Jerusalem tetap menuju ke Masjid Al Aqsa untuk menunaikan solat Subuh. Walau bagaimanapun, lelaki yang berumur kurang dari 50 tahun tidak dibenarkan memasuki Masjid Al Aqsa. Oleh kerana halangan ini, mereka terpaksa menunaikan solat Subuh di jalanan Old City.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts