Bayan Al-Esseili Ditembak Mati Apabila Dituduh Cuba Menyerang

AL-KHALIL, 17 Okt 2015 (MEMO) — Bayan Ayman Abd al-Hadi al-Esseli, seorang remaja perempuan berumur 17 tahun, ditembak mati setelah dituduh menikam seorang polis Zionis. Pembunuhan berdekatan Wadi al-Ghrus yang tidak jauh dari penempatan haram Kiryat Arba ini merupakan insiden yang ketiga pada hari ini.

Terdahulu di awal pagi Fadil Qawasmi, 18 tahun, ditembak mati oleh seorang pendatang Yahudi di Jalan Shuhada di Kota Lama Al-Khalil, beberapa jam sebelum Muataz Uweisat, 16 tahun, ditembak mati di Al-Quds Timur. Kedua-dua mereka ditembak atas tuduhan menyerang Yahudi namun tidak ada sesiapa pun yang tercedera dalam semua insiden tersebut.

Memandangkan semua penduduk Palestin diwajibkan melalui sekatan pemeriksaan di Jalan Shuhada, di mana sebarang bentuk logam akan dikesan, tuduhan bahawa Fadil Qawasmi membawa pisau untuk menyerang dilihat sebagai tidak berasas.

Penduduk Palestin dilarang memasuki Jalan Shuhada sebagai langkah menjamin keselamatan ke atas kira-kira 600 orang pendatang Yahudi yang merampas rumah dan menghalau penduduk keluar dari kawasan tersebut. Beberapa penduduk Palestin yang masih tinggal di kawasan tersebut terpaksa melalui jalan belakang untuk sampai ke rumah mereka.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts