Bayi baru lahir 4 hari meninggal dunia kerana kehabisan ubat

GAZA, 8 Feb 2018 — Kementerian Kesihatan Palestin di Gaza melaporkan bahawa bayi Karam Abu Awad yang baharu lahir empat hari lalu di Beit Lahiya, utara Gaza, akhirnya meninggal dunia kerana kehabisan bekalan ubat.

Kenyataan kementerian hari ini menjelaskan bahawa ubat Calfactant yang diperlukan untuk sistem bantuan pernafasan telah kehabisan. Karam dilahirkan melalui pembedahan Ceasar dan memerlukan suntikan Calfactant ke dalam paru-parunya untuk bernafas.

Sementara itu ketua jabatan perubatan Hospital al-Shifa, Nasser Belbul, merayu supaya pihak berkuasa membekalkan ubat-ubatan khusus untuk bayi-bayi yang lahir pra-matang. Di al-Shifa, lima orang bayi yang lahir pra-matang telah meninggal dunia apabila ubat tersebut telah kehabisan.

Sebanyak 230 jenis ubat kini telah habis bekalan sama sekali. Sementara 46% daripada ubat-ubat yang masih ada kini di tahap stok merbahaya.

(PIC)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts