Bekas tahanan ditangkap semula seminggu selepas dibebaskan

AL-KHALIL, 9 Nov 2016 (PIC) — Tentera penjajah Zionis menangkap semula bekas tahanan Palestin Baha al-Najar, 21, hanya seminggu selepas beliau dibebaskan.

Tentera Zionis memecah masuk rumah dan menangkap beliau di al-Khalil.

Pelajar Universiti Politeknik al-Khalil itu dibebaskan Rabu lalu setelah merengkok dalam penjara Zionis selama 12 bulan.

Menurut keluarga beliau, Baha ditangkap semula tanpa alasan yang munasabah, hanya bertujuan untuk mematah semangatnya.

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on email
Email

Related Posts