Dentuman bom setiap saat

Adham Khalil, Kem Pelarian Jabalya, Gaza
13 Januari 2009

Keadaan di sini sangat mengerikan. Hari ini paling teruk. Gerombolan kapal terbang F-16 berterbangan di udara dan fosforus putih bertaburan dari langit.

Saya tidak dapat tidur malam tadi. Bunyi tembakan di utara dan timur membuatkan kami semua terjaga.

Biasanya rumah kami tidak ada bekalan elektrik. Jadi bila kami mendapat bekalan tenaga elektrik untuk satu atau dua jam, semua ahli keluarga akan sibuk. Kami mencaj talipon mobil, mengepam air, membakar roti. Tetapi saya melihat terlalu banyak kejadian yang menyayatkan di television, hingga saya rasa adalah lebih baik jika hidup tanpa bekalan elektrik.

Sehingga kini, keluarga saya baik sahaja tetapi saya terasa malu untuk bercerita tentang keluarga saya. Sesiapa saja di Gaza adalah keluarga saya. Kami sengsara bersama, dilanyak dan dilupakan bersama, dan kami kini hampir mati.

Keadaan sangat merbahaya di sini dan di mana saja di Gaza. Menjelang pukul 5 petang, jalan-jalan akan kosong. Tidak ada seorang pun keluar dari rumah. Tapi walaupun di dalam rumah, kami tidak selamat. Saya sumpah, kadang-kadang saya boleh hidu kematian di sekeliling kami.

Ini bukanlah peperangan antara Hamas dan Israel. Saya adalah seorang saksi di Gaza dan jika anda fikir Gaza adalah sebuah negeri dan Hamas adalah pasukan askar yang besar dan kuat, semua itu adalah penipuan. Hamas tidak ada kereta kebal, kapal terbang perang, mahupun kapal perang. Mereka hanya ada roket buatan sendiri, senjata yang sederhana. Mereka tidak dapat berbuat apa dengan kebesaran dan kekuatan tentera Israel.

Kami hidup di bawah kepungan sepenuhnya, dengan pembunuhan setiap hari dan rumah dimusnahkan. Hamas dan faksi-faksi Palestin yang lain cuba mempertahankan Palestin daripada pembunuhan beramai-ramai yang berterusan, penaklukan dan serangan udara. Penaklukan Israel dan tidakan-tindakan di Gaza adalah berbentuk teroris, sebagaimana tindakan dan polisi mereka sejak kempen penghapusan etnik pada tahun 1948.

Saya kira apa yang berlaku kali ini adalah bencana yang paling teruk pernah saya lihat.

Saya tidak ada sebarang senapang atau senjata. Saya hanya berjuang dengan menceritakan kebenaran. Ramai yang bertanya cara untuk menghantar wang dan makanan. Tapi apa yang kami perlukan adalah kebebasan dan berakirnya tembakan.

Jangan hanya duduk diam terhadap jenayah pembunuhan Israel dan Holocaust terhadap rakyat Palestin. Desakan untuk menghentikan kepungan ini mestilah lebih hebat daripada hujanan bom yang jatuh di atas kami.

Adham Khalil seorang penduduk kem pelarian Jabalya. Dia merupakan pemimpin pemuda di Perpustakaan Kanak-kanak Al Assria. Blog beliau, Free Free Palestine, boleh dicapai di http://nagyelali.blogspot.com.

MIDEAST ISRAEL PALESTINIANS

g-massacro14

g-massacro15

g-massacro17

g-massacro16

g-massacro19

APTOPIX MIDEAST ISRAEL PALESTINIANS

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on email
Email

Related Posts