Netanyahu melalui aplikasi X (twitter) menjelaskan wartawan al-Jazeera membawa risiko keselamatan dan mencetuskan kemarahan terhadap pasukan tentera. Sudah tiba masanya untuk menghapuskan HAMAS dari negara kita.
Al Jazeera menyelar tindakan kerajaan Israel ke atas mereka dengan menyifatkan sebagai satu bentuk jenayah dan tuduhan kehadiran wartawan al Jazeera sebagai ancaman adalah tidak masuk akal.
Pihak berkuasa Israel telah meyerbu bilik hotel di Baitul Maqdis yang digunakan al Jazeera sebagai pejabatnya selepas kerajaan haram Israel memutuskan untuk menutup pejabat operasi. Keputusan menutup pejabat operasi ini adalah susulan daripada keputusan undian dalam kabinet Benjamin Netanyahu.
Untuk rekod, al-Jazeera merupakan stesen media milik Qatar yang dilancarkan secara rasmi pada 1996.