GAZA, 20 Mac 2019 — Pesawat dron tentera penjajah Zionis melepaskan tiga serangan roket ke arah kawasan pertanian di perkampungan Zaitun, timur Gaza, lewat petang semalam.

Mereka turut menyasarkan peserta perhimpunan malam Great Return March, memusnahkan sebuah menara pemerhati.

Rejim Zionis mendakwa serangan tersebut menyasarkan sekumpulan penduduk Palestin yang menerbangkan belon api ke arah kawasan penempatan haram Yahudi berdekatan sempadan Gaza.

Tiada kecederaan dilaporkan dalam serangan tersebut.

(PIC)

SHARE