“Emas biru” bawa musim keriangan kepada keluarga nelayan Gaza

GAZA, 24 Okt 2017 — Keluarga nelayan Palestin di kawasan pantai utara Gaza menyambut ketibaan musim menangkap ketam setiap kali tiba musim luruh.

Lebih 35,000 penduduk Gaza bergantung hidup kepada industri perikanan. Namun, menjadi seorang nelayan merupakan salah satu daripada kerjaya yang paling membahaya dalam dunia!

Kerjaya sebagai nelayan di Gaza lazimnya menjadi warisan turun temurun. Tindakan tentera Zionis yang menyekat kawasan menangkap ikan, menembak para nelayan, merosakkan serta merampas bot-bot mereka, di samping menculik nelayan menyebabkan pendapatan nelayan Gaza semakin terancam.

Dua nelayan telah dibunuh oleh tentera laut Zionis sejak awal tahun ini.

Sekatan oleh rejim Zionis sejak lebih 10 tahun lalu, krisis bekalan elektrik dan serangan demi serangan ke atas Gaza membawa kesan langsung ke atas pencemaran di Laut Mediterranean, di mana lebih 100,000 meter padu bahan buangan dialir keluar setiap hari.

Di samping itu, kadar kemiskinan di Gaza terus meningkat sejak mereka dikepung dari dunia luar, meyebabkan hanya segelintir keluarga mampu menikmati masakan ikan. Bahkan separuh daripada dua juta penduduk Gaza tidak mendapat jaminan mekanan.

Faktor tersebut membawa kesan sangat teruk kepada industri perikanan.

Bagi sebahagian besar nelayan, ketibaan musim menangkap ketam menjadi penyelamat keluarga mereka untuk meneruskan kehidupan sepanjang tahun. Ia membuka peluang yang sangat jarang kepada nelayan Gaza untuk memambah pendapatan.

Bagaimanapun, para nelayan perlu belayar sehingga sekurang-kurangnya 300 meter dari pantai, untuk mengelak daripada menangkap ketam yang terdedah kepada pencemaran.

Di musim ini, nelayan Gaza dapat meraih pendapatan dari $6 sehingga $85 sehari. Sebaliknya di luar musim menangkap ketam, mereka kadang-kadang pulang membawa tangan kosong.

Musim menangkap ketam juga menjadi peluang untuk keluarga nelayan dan saudara-mara mengeratkan hubungan. Bagi mereka, musim ini bagaikan pesta untuk bekerjasama mengumpul hasil laut itu, serta menjamu selera bersama.

Pada setiap hari Jumaat, mereka akan berkumpul untuk makan besar bersama.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts