EU Sokong BaituMuqaddis di Bahagi Dua Antara Israel dan Palestin

10 Dis – Menteri Luar Kesatuan Eropah (EU) pada Rabu (9Dis) menyatakan sokongan untuk membahagi Baitulmuqaddis menjadi ibu negara Israel dan masa depan negara Palestin. Mereka mengatakan bahawa penyelesaian harus dicarikan untuk menghidupkan konsep ini. Kenyataan Kesatuan Eropah ini telah menyebabkan kemarahan kalangan pemimpin Israel apabila EU menganggap Baitulmuqaddis, suci bagi umat Islam, Yahudi dan Kristian, sebagai ibu kota abadi dan tidak terpisah hanya kepada Israel.

Keputusan EU tersebut tercapai selepas Sweden membentangkan draf resolusi yang menyeru membahagi Baitulmuqaddis.. Israel mengatakan bahawa cadangan UE ini akan merosakan hubungannya dengan Kesatuan Eropah dan Kesatuan Eropah akan kelihatan negatif terhadap kemampuan untuk menjadi orang tengah dalam perundingan perdamaian Timur Tengah.

Dalam draft tersebut juga dmenyebutkan untuk menubuhkan negara Palestin di Tebing Barat, Semenanjung Gaza dan Jerusalem Timur.

Namun, Israel tidak menganggap Baitulmuqaddis sebagai sebahagian daripada wilayah-wilayah pendudukan dan menegaskan bahawa bandar ini adalah ibukota abadi dan tidak akan tunduk pada rundingan damai.

Jean Asselborn, Menteri Luar Negeri Luxembourg, mengatakan bahawa Israel mempunyai hak untuk hidup di Israel dan Palestin mempunyai hak untuk hidup di Palestin, dan menambah bahawa Israel harus menerima kenyataan Palestin terdiri daripada Tebing Barat, Semenanjung Gaza dan Baitulmuqaddis Timur.

Selanjutnya, Menteri Luar Negera Finland, Alexander Stubb, mengatakan bahawa Kesatuan Eropah menentang kegiatan pemukiman Israel dan percaya bahawa Israel harus menghentikan semua pembinaan.

Menteri Luar Kesatuan Eropah menyambut baik tindakan Israel telah 10bulan membekukan kegiatan pemukiman dan menganggap itu sebagai langkah ke arah yang benar.

Mereka juga menyerukan perjanjian yang komprehensif untuk mencapai perdamaian antara Israel dan Dunia Arab. immec

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on email
Email

Related Posts