Fakta 2010: 107 Rakyat Palestin Dibunuh, 154 Rumah Dirobohkan

Unit perhubungan antarabangsa di Pertubuhan Pembebasan Palestin (PLO) mengeluarkan sebuah laporan minggu ini yang mendokumentasikan siri keganasan Israel sepanjang 2010.

Berdasarkan laporan tersebut, 107 rakyat Palestin telah dibunuh oleh tentera Israel pada tahun lepas manakala 145 buah rumah telah dirobohkan dan digantikan dengan 16,479 penempatan haram baru di Tebing Barat. Laporan itu turut menyatakan bahawa tentera Israel telah menahan 400 rakyat Palestin dalam pencerobohan mereka yang sememangnya mensasarkan komuniti rakyat Palestin.

Dibunuh oleh Israel

Antara 107 orang rakyat tidak berdosa yang dibunuh tentera Israel sepanjang 2010, laporan yang dikeluarkan oleh PLO menyatakan bahawa 10 daripadanya adalah kanak-kanak, 4 wanita, 2 tahanan politik di penjara Israel dan 9 rakyat Turki yang terbunuh semasa serangan Israel terhadap flotilla bantuan ke Gaza.

Aktiviti Penempatan Haram dan Rampasan Tanah

Sepanjang 2010, tentera Israel telah merampas 4,826 bahagian daripada tanah yang dimiliki rakyat Palestin di merata Tebing Barat dan Timur Baitulmaqdis.Laporan PLO turut menyebut sepanjang tahun 2010, 16,479 buah rumah telah diluluskan di penempatan haram di Tebing Barat. Pembinaan 13,000 buah daripadanya telah pun dimulakan.

Pemusnahan Kediaman

Kerajaan Israel telah memusnahkan 145 kediaman rakyat Palestin di Tebing Barat dan Timur Baitulmaqdis. Sebagai tambahan, 190 kawasan ternakan binatang dan takungan air telah diranapkan.

PLO turut menambah bahawa kerajaan Israel telah mengeluarkan arahan untuk memusnahkan 1334 lagi kediaman rakyat Palestin di Tebing Barat dan Timur Baitulmaqdis.

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on email
Email

Related Posts