Feiglin Hasut Yahudi Ceroboh Al-Aqsa

moshe-feiglinAL-QUDS, 12 Okt 2014 (MEMO) — Timbalan Speaker Knesset, Moshe Feiglin, menghasut supaya kaum Yahudi menyerang masuk ke perkarangan Masjid al-Aqsa pada hari esok, Isnin, sebagai meraikan upacara Sukkot.

Sukkor merupakan salah satu daripada tiga festival Yahudi yang bermula Rabu lalu dan akan berlangsung selama seminggu.

Melalui laman web beliau, Feiglin menyeru Yahudi berkumpul di luar masjid seawal 6:30 pagi Isnin, sebelum menceroboh masuk. Sementara itu sebuah pertubuhan radikal Yahudi juga mengajak kaum Yahudi meyerang masuk ke masjid suci itu hari ini. Kumpulan tersebut mendesak pembinaan semula kuil Sulaiman yang mereka dakwa pernah dibina di bawah binaan Masjid al-Aqsa.

Menurut Yayasan Warisan dan Wakaf Al-Aqsa, pemuda Palestin telah mula berkumpul di dalam masjid sejak petang Sabtu bagi menghalang sebarang tindakan ganas Yahudi.

Rabu lalu, pihak polis Zionis telah memecah masuk ke dalam masjid dan bertempur dengan pemuda Palestin, menyebabkan sekurang-kurangnya 20 orang pemuda tercedera.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts