[Foto] Korban Dan Kemusnahan Yang Diabaikan Masyarakat Dunia

GAZA, 25 Ogos 2014 — Serangan berterusan tentera Zionis ke atas penduduk Gaza sejak 7 Julai lalu menyaksikan beberapa insiden kekejaman yang tidak terbayangkan akan berlaku di abad moden ini. Namun sikap masyarakat dunia yang rata-rata tidak peduli dengan apa yang berlaku bagaikan memberi “lesen” kepada rejim Zionis untuk terus mengganas tanpa batas.

Sehingga kini seramai 2,120 penduduk Gaza telah terkorban dan lebih 10,854 lagi tercedera. Sebahagian besar daripada mereka yang masih terselamat terpaksa meneruskan kehidupan dalam ancaman serangan yang berterusan, tanpa kemudahan asas seperti makanan, pakaian, air bersih dan elektrik.

Lebih 460,000 penduduk Gaza kini kehilangan tempat tinggal. Dengan keadaan musim sejuk yang akan tiba tidak lama lagi, sudah tentu mereka ini memerlukan bantuan dan keprihatinan kita yang lebih bernasib baik.

Anda boleh bertindak dengan menghulurkan bantuan melalui akaun

Tabung Palestin HALUAN
Maybank Berhad : 5644-9020-8528
Bank Islam Malaysia Berhad : 14-023-01-003429-2.

Semoga sedikit bantuan kita dapat sama-sama membantu mereka membina semula kehidupan dan meneruskan perjuangan membebaskan bumi Palestin dan Masjid al-Aqsa.

26 Julai - Keluarga Qarara kembali untuk melihat rumah mereka yang musnah di Shujaiya di timur Gaza City dan cuba menyelamatkan apa yang masih tinggal.
26 Julai – Keluarga Qarara kembali untuk melihat rumah mereka yang musnah di Shujaiya di timur Gaza City dan cuba menyelamatkan apa yang masih tinggal.
26 Julai - Keluarga Qarara di dalam rumah mereka yang sudah musnah. Mereka meninggalkan Shujaiya pada hari berlakunya pembunuhan beramai-ramai pda 20 Julai. Mereka hanya berjaya pulang melihat kemusnahan seminggu kemudian, ketika gencatan senjata berlangsung.
26 Julai – Keluarga Qarara di dalam rumah mereka yang sudah musnah. Mereka meninggalkan Shujaiya pada hari berlakunya pembunuhan beramai-ramai pda 20 Julai. Mereka hanya berjaya pulang melihat kemusnahan seminggu kemudian, ketika gencatan senjata berlangsung.
26 Julai - Keadaan sebuah bilik anak keluarga Qaraar di Shujaiya.
26 Julai – Keadaan sebuah bilik anak keluarga Qaraar di Shujaiya.
26 Julai - Ketika serangan tentera Zionis ke atas Gaza, kawasan sempadan seperti Shujaiya menjadi sasaran serangan bertalu-talu dari udara dan kereta kebal.
26 Julai – Ketika serangan tentera Zionis ke atas Gaza, kawasan sempadan seperti Shujaiya menjadi sasaran serangan bertalu-talu dari udara dan kereta kebal.
22 Julai - Rumah keluarga Bakr di Gaza City telah dibom di awal pagi.
22 Julai – Rumah keluarga Bakr di Gaza City telah dibom di awal pagi.
22 Julai - Seorang anak dari keluarga Bakr berjalan di atas runtuhan rumah mereka di kem pantai Gaza. Serangan peluru berpandu tentera Zionis menjadikan 30 ahli keluarga ini tanpa tempat tinggal.
22 Julai – Seorang anak dari keluarga Bakr berjalan di atas runtuhan rumah mereka di kem pantai Gaza. Serangan peluru berpandu tentera Zionis menjadikan 30 ahli keluarga ini tanpa tempat tinggal.
12 Ogos - Keluarga ini membina kemah di tepi runtuhan rumah mereka di Shujaiya ketika berlangsungnya gencatan senjata. Penduduk mengambil kesempatan di waktu siang untuk menyelamatkan apa yang masih tinggal dan mencari ahli keluarga yang hilang di bawah runtuhan, kemudian pulang ke tempat penginapan sementara di waktu malam.
12 Ogos – Keluarga ini membina kemah di tepi runtuhan rumah mereka di Shujaiya ketika berlangsungnya gencatan senjata. Penduduk mengambil kesempatan di waktu siang untuk menyelamatkan apa yang masih tinggal dan mencari ahli keluarga yang hilang di bawah runtuhan, kemudian pulang ke tempat penginapan sementara di waktu malam.
18 Julai - Anak-anak dari keluarga al-Smary yang cedera terkena serpihan peluru dalam serangan tentera Zionis di perkampungan Qarara di Khan Younis mendapat rawatan di Hospital Al-Nasser. Keluarga ini terpaksa meninggalkan mayat salah seorang anak mereka ketika mereka menyelamatkan diri. Qarara yang terletak di dalam kawasan penampan (buffer zone) di sepanjang sempadan telah diserang sengit di peringkat awal tentera darat Zionis memasuki Gaza. Tentera Zionis kemudiannya mengisytiharkan kawasan tersebut sebagai kawasan tertutup untuk tentera.
18 Julai – Anak-anak dari keluarga al-Smary yang cedera terkena serpihan peluru dalam serangan tentera Zionis di perkampungan Qarara di Khan Younis mendapat rawatan di Hospital Al-Nasser. Keluarga ini terpaksa meninggalkan mayat salah seorang anak mereka ketika mereka menyelamatkan diri. Qarara yang terletak di dalam kawasan penampan (buffer zone) di sepanjang sempadan telah diserang sengit di peringkat awal tentera darat Zionis memasuki Gaza. Tentera Zionis kemudiannya mengisytiharkan kawasan tersebut sebagai kawasan tertutup untuk tentera.
28 Julai - Lelaki ini duduk dalam keadaan terkejut di luar Hospital Al-Shifa di Gaza City. Beliau membantu membawa dua kanak-kanak yang terbunuh dalam serangan peluru berpandu berdekatan sebuah taman di kem pelarian pantai Gaza. Seorang lelaki serta sembilan kanak-kanak dilaporkan terkorban dalam serangan tersebut.
28 Julai – Lelaki ini duduk dalam keadaan terkejut di luar Hospital Al-Shifa di Gaza City. Beliau membantu membawa dua kanak-kanak yang terbunuh dalam serangan peluru berpandu berdekatan sebuah taman di kem pelarian pantai Gaza. Seorang lelaki serta sembilan kanak-kanak dilaporkan terkorban dalam serangan tersebut.
28 Julai - Kanak-kanak di luar rumah mayat di Hospital al-Shifa melihat tumpahan darah dari salah seorang mangsa yang dibawa ke hospital tersebut.
28 Julai – Kanak-kanak di luar rumah mayat di Hospital al-Shifa melihat tumpahan darah dari salah seorang mangsa yang dibawa ke hospital tersebut.
19 Julai - Seorang kanak-kanak yang tercedera akibat serpihan peluru di bawa ke Hospital Al-Shifa. Al-Shifa merupaka hospital terbesar di Gaza dan tidak mampu menampung bilangan mereka yang tercedera, lebih-lebih lagi apabila beberapa hospital lain terpaksa ditutup setelah diserang oleh tentera Zionis.
19 Julai – Seorang kanak-kanak yang tercedera akibat serpihan peluru di bawa ke Hospital Al-Shifa. Al-Shifa merupaka hospital terbesar di Gaza dan tidak mampu menampung bilangan mereka yang tercedera, lebih-lebih lagi apabila beberapa hospital lain terpaksa ditutup setelah diserang oleh tentera Zionis.
21 Julai - Hospital Al-Aqsa di Deir al-Balah telah beberapa kali diserang pada awal pagi. Lima terkorban dalam serangan tersebut dan 70 lagi pesakit tercedera sebelum mereka berjaya dipindahkan keluar dari hospital. Hospital tersebut berfungsi sepenuhnya sebelum diserang.
21 Julai – Hospital Al-Aqsa di Deir al-Balah telah beberapa kali diserang pada awal pagi. Lima terkorban dalam serangan tersebut dan 70 lagi pesakit tercedera sebelum mereka berjaya dipindahkan keluar dari hospital. Hospital tersebut berfungsi sepenuhnya sebelum diserang.
21 Julai - Hospital Al-Aqsa di Deir Balah beberapa kali diserang oleh tentera Zionis.
21 Julai – Hospital Al-Aqsa di Deir Balah beberapa kali diserang oleh tentera Zionis.
3 Ogos - Sebuah rumah di Khuza'a yang menjadi mangsa serangan sengit di peringkat awal tentera darat Zionis memasuki Gaza. Kawasan ini tidak dapat dimasuki penduduk Gaza sehinggalah akhir bulan Julai.
3 Ogos – Sebuah rumah di Khuza’a yang menjadi mangsa serangan sengit di peringkat awal tentera darat Zionis memasuki Gaza. Kawasan ini tidak dapat dimasuki penduduk Gaza sehinggalah akhir bulan Julai.
26 Julai - Ketika berlangsungnya gencatan senjata, penduduk Gaza sempat pulang melihat kerosakan rumah mereka dan menyelamatkan apa yang masih tinggal di Abasan al-Kabira. Wanita dari keluarga Abukther ini sedih dengan kematian dan kerosakan yang berlaku di sekitarnya.
26 Julai – Ketika berlangsungnya gencatan senjata, penduduk Gaza sempat pulang melihat kerosakan rumah mereka dan menyelamatkan apa yang masih tinggal di Abasan al-Kabira. Wanita dari keluarga Abukther ini sedih dengan kematian dan kerosakan yang berlaku di sekitarnya.
26 Julai - Para relawan dari pasukan pertahanan awam mengumpul cebisan anggota badan Ibrahim Abukhter, 32 tahun, dari runtuhan rumahnya di Abasan al-Kabira, berdekatan sempadan, ketika berlangsungnya gencatan senjata.
26 Julai – Para relawan dari pasukan pertahanan awam mengumpul cebisan anggota badan Ibrahim Abukhter, 32 tahun, dari runtuhan rumahnya di Abasan al-Kabira, berdekatan sempadan, ketika berlangsungnya gencatan senjata.
26 Julai - Relawan pertahanan awam mengumpul serpihan anggota badan Ibrahim Abukther di Abasan al-Kabira.
26 Julai – Relawan pertahanan awam mengumpul serpihan anggota badan Ibrahim Abukther di Abasan al-Kabira.
23 Julai - Antara penduduk terakhir Shujaiya yang meninggalkan rumah mereka dan menyelamatkan apa yang sempat.
23 Julai – Antara penduduk terakhir Shujaiya yang meninggalkan rumah mereka dan menyelamatkan apa yang sempat.
23 Julai - Relawan pertahanan awam cuba mencari dan menyelamatkan mayat di bawah runtuhan rumah di Shujaiya ketika gencatan senjata.
23 Julai – Relawan pertahanan awam cuba mencari dan menyelamatkan mayat di bawah runtuhan rumah di Shujaiya ketika gencatan senjata.
26 Julai - Penduduk Gaza kembali ke rumah mereka di Shujaiya untuk menyelamatkan apa yang masih tinggal ketika berlangsungnya gencatan senjata.
26 Julai – Penduduk Gaza kembali ke rumah mereka di Shujaiya untuk menyelamatkan apa yang masih tinggal ketika berlangsungnya gencatan senjata.
12 Ogos - Penduduk Gaza melihat kerosakan di Shujaiya ketika gencatan senjata.
12 Ogos – Penduduk Gaza melihat kerosakan di Shujaiya ketika gencatan senjata.
Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on email
Email

Related Posts