[Foto] Musim menuai sitrus di Gaza terkesan dengan masalah bekalan air

GAZA, 27 Nov 2018 — Tuaian sitrus di Gaza kali ini tidak seperti musim-musim lalu, akibat kekurangan air apabila punca-punca bekalannya tercemar.

Di samping itu, petani juga tidak boleh mendapatkan racun-racun serangga, sehingga menyebabkan banyak pokok mati.

Musim ini, petani Gaza menuai oren, tangerin dan limau bali di kawasan kebun seluas kira-kira 2,000 hektar.

Sekitar 97% sumber air minum di Gaza tidak dapat digunakan kerana pencemaran atau kandungan garam yang terlalu tinggi.

(MEMO)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts