[Foto] Penduduk Gaza sambut Aidilfitri dalam keadaan dikepung sejak 10 tahun lalu

GAZA, 6 Julai 2016 (MEMO) — Pasar di kota Gaza malam tadi menyaksikan sebahagian penduduk wilayah yang dikepung oleh rejim Zionis dan sekutunya itu cuba membuat persiapan terbaik yang mampu menyambut ketibaan Aidilfitri.

Hari ini di awal pagi, mereka berkumpul mendirikan solat sunat Aidilfitri sungguhpun terpaksa menyambut hari kebesaran itu dengan serba sederhana.

Dalam khutbah Aidilfitri yang disampaikan oleh pemimpin Hamas di Gaza, Ismail Haniyeh, beliau menegaskan bahawa Gaza tidak lagi takut terhadap ancaman rejim Zionis ke atas mereka, kerana penduduk Gaza mempunyai barisan [pejuang] yang akan mempertahankan Gaza dan penduduknya.

Beliau juga menyeru barisan pimpinan di Palestin menghentikan perpecahan, dan bersatu menghadapi keganasan Zionis.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts