GAZA, 16 Mei 2016 (BHP) — Terima kasih di atas sumbangan berharga anda untuk membekalkan tong berserta air bersih kepada 50 keluarga kita yang masih terkepung di Gaza.

Semoga sedikit sumbangan kita ini membawa keberkatan dan rahmat dari Allah SWT.

Kerja mengagihkan bantuan ini telah disempurnakan oleh para relawan rakan NGO yang beroperasi di Gaza, Al-Sarraa Foundation.

Bayangkan, setiap hari anak-anak Gaza terpaksa berjalan kaki pergi dan balik sehingga satu km semata-mata untuk mendapatkan beberapa botol air bersih untuk keluarga mereka.

World Health Organisation (WHO) mencadangkan setiap orang memerlukan air sebanyak 100 liter sehari, namun mereka di Gaza hanya mendapat purata beberapa liter sahaja. Sedangkan setiap pendatang Yahudi menggunakan pada purata 360 liter sehari.

Sejak disekatan 10 tahun lalu, air di Gaza amat sukar untuk diproses. Hampir keseluruhan sumber air di Gza tercemar, di mana 96% daripadanya mengadungi kadar klorida dan nitrat yang terlalu tinggi sehingga tidak sesuai untuk diguna sekalipun untuk tujuan membasuh atau mandi.

Dalam serangan pada tahun 2014, tentera Zionis memusnahkan sebanyak 778 sumber air bawah tanah. Sehingga kini, hanya 162 dapat dipulih kembali kerana tidak mendapat bekalan bahan binaan dan bahan mentah.

Menjelang tibanya musim panas dan bulan Ramadan, sumbangan anda ini sudah tentu dapat sedikit sebanyak meringankan beban mereka.

SHARE