[Foto] Telaga Tiub Sumbangan Anda Di Damaskus Sudah Mula Berfungsi

DAMASKUS, 24 Okt 2014 (BHP) — Masir segar dalam ingatan kita peristiwa serangan roket yang meledakkan bahan kimia ejen sarin ke atas penduduk Ghouta Timur pada 21 Ogos 2013, sekaligus mengorban lebih 1,500 orang termasuk 426 kanak-kanak.

Serangan demi serangan, dibebankan lagi dengan kepungan dan sekatan, menjadikan daerah ini satu kawasan bencana. Bekalan air dan tanaman yang menjadi sumber untuk mereka bertahan hidup tercemar dan musnah. Lebih 180 orang telah terkorban kebuluran. Manakala mereka yang masih hidup terpaksa berhadapan dengan penyakit dan pencemaran yang merebak serta ketiadaan air bersih serta ubat-ubatan.

Alhamdulillah, melalui saranan dan usaha Al-Sarraa Foundation serta kerjasama HALUAN Malaysia dan Sahabat Al-Aqsa serta KISPA Indonesia, sumbangan ikhlas masyarakat Malaysia dan Indonesia telah berjaya disalurkan untuk pembinaan telaga tiub di empat lokasi berlainan untuk kegunaan sebahagian daripada saudara kita di Ghouta Timur.

Telaga ini telah mula berfungsi dan dapat membekalkan air bersih kepada mereka yang sangat memerlukan ini. Semoga Allah memberi ganjaran pahala yang terbaik untuk anda dan keluarga. Sama-sama kita berdoa agar saudara kita di Syria akan merdeka dalam masa terdekat, dan mereka akan dapat hidup dengan bebas dan mulia, InsyaAllah.

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on telegram
Telegram

Related Posts