[Foto] Tentera Zionis hujani demonstran Gaza dengan peluru hidup

GAZA, 2 Apr 2018 — Puluhan ribu penduduk Gaza menyertai demonstrasi Perarakan Pulang Besar-besaran (Great March of Return – GMR) di kawasan sempadan timur wilayah yang terkepung itu sejak Jumaat lalu.

Demonstrasi aman tersebut dianjurkan bagi memperingati Hari Bumi, dan akan berlangsung selama 45 hari di mana kemuncaknya adalah pada 15 Mei, iaitu Hari Nakba.

Para demonstran yang tidak bersenjata atau membawa sebarang ancaman itu dihujani dengan tembakan peluru hidup dan gas pemedih mata, sehingga mengorbankan 18 nyawa dan mencederakan lebih 1,500 yang lain. Hampir separuh daripada mangsa-mangsa terkena sasaran penembak tepat. Tidak ada sebarang kecederaan di pihak tentera Zionis.

Pemuda Mahmoud Jundieh, 20, menyebut, “Kami sudah tidak ada apa-apa, kami sudah kehilangan segalanya. Saya tidak takut menjadi syahid. Saya akan tetap di sini selama 45 hari, sehinggalah masyarakat dunia menerima hak-hak kami.”

Sebelum bermulanya demonstrasi, tentera telah menempatkan 100 penembak tepat dan sejumlah briged tentera ke sekitar kawasan sempadan.

Pasukan perubatan Palestin yang cuba menyelamatkan mangsa di timur Jabaliya memberi isyarat kepada tentera Zionis bahawa mereka tidak bersenjata.

Seorang petugas perubatan membawa pemuda yang tercedera jauh dari pagar sempadan di timur kem pelarian Jabaliya.
Puluhan ribu warga Palestin berkumpul di beberapa lokasi di sepanjang sempadan Gaza, termasuk di timur Shujaiyeh.
Warga Palestin membantu dan merawat rakan mereka yang tercedera di timur Jabaliya.
Warga Palestin berkumpul di kemah-kemah yang terletak ratusan meter dari pagara sempadan di timur Jabaliya.

Demonstran menggunakan lastik untuk melempar batu ke arah pagar sempadan di timur Shujaiya.
Tentera Zionis mendirikan pos komando penembak tepat di pagar sempadan.
Dron tentera Zionis menggugurkan gas pemedih mata ke atas penduduk Palestin yang berkumpul di timut Shujaiyeh.
Syuhada Mohammed Abu Amro menulis “saya akan kembali” di pantai Gaza sehari sebelum beliau ditembak Jumaat lalu.
Tentera Zionis melepaskan tembakan gas pemedih mata dan peluru hidup ke arah para demonstran di sempadan Gaza.
Kanak-kanak Mohammed Ayyash menggunakan topeng muka bersama pokok bawang bagi menghadapi serangan gas pemedih mata pada hari pertama GRM di sempadan Gaza Jumaat lalu.









(Pelbagai sumber)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts