[Foto] Zionis Serang Al-Aqsa, Lebih 15 Ahli Jemaah Cedera

AL-QUDS, 24 Sept 2014 (PNN) — Yayasan Wakaf dan Warisan Al-Aqsa mengumumkan hari ini bahawa tentera Zionis telah menyerang masjid al-Aqsa and menembak puluhan gas pemedih mata serta peluru hidup.

Yayasan menyebut bahawa tentera turut menyerang para jemaah yang sedang bersolat. Sehingga laporan ditulus, seramai 15 orang ahli jemaah tercedera. Puluhan askar Zionis mengepung Pintu Mughrabi, seolah-olah mereka bersedia untuk menceroboh masuk.

Dalam pada itu, ratusan wanita Palestin telah dihalang oleh tentera Zionis daripada memasuki masjid untuk menunaikan solat subuh.

Kekerasan tentera Zionis berterusan sejak semalam, di mana lelaki di bawah 45 tahun dan semua wanita dilarang masuk ke masjid al-Aqsa. Banyak sekatan tentera dibina di kawasan menuju masjid tersebut.

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on telegram
Telegram

Related Posts