Gadis Palestin dibebaskan selepas dikurung selama lebih 3 tahun

AL-KHALIL, 15 Jan 2019 — Tentera penjajah Zionis hari ini membebaskan gadis Lama al-Bakri, 18, selepas dikurung sebagai tahanan pentadbiran tanpa sebarang pengadilan di penjara Damon selama 39 bulan.

Beliau dibebaskan di sekatan Jalama di utara Jenin. Lama pada mulanya ditahan pada bulan Disember 2015, selepas dituduh cuba membuat serangan menikam berdekatan kawasan penampatan haram Kiryat Arba di al-Khalil. Ketika kejadian, beliau cedera parah ditembak oleh tentera Zionis.

Menurut Lama, tahanan-tahanan wanita Palestin dikurung dalam keadaan sangat sukar dan dinafikan hak-hak asasi.

(PIC, Maan)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts