Gantz saingi Netanyahu sebagai calon pemimpin baharu Zionis

TEL AVIV, 9 Jan 2019 — Kajian pendapat terbaharu menunjukkan mantan Ketua Turus angkatan tentera Zionis, Benny Gantz, kini menyaingi Benjamin Netanyahu sebagai calon pilihan memimpin negara haram itu.

Kajian media Zionis, Channel 10, mendapati 41% daripada pendapat awam menyokong Netanyahu dan 38% memilih Gantz, sementara 20% lagi tidak cenderung kepada mana-mana pihak.

Dalam kajian lain yang dijalankan oleh media Walla, Parti Likud yang dipimpin oleh Netanyahu terus menjadi pilihan berbanding parti-parti lain, dengan anggaran menguasai 32 kerusi.

(MEMO)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts