Gudang Bekalan UNRWA Dan Rumah Awam Terus Jadi Sasaran

unrwa2GAZA, 14 Julai 2014 (Arresalah) — Beberapa siri serangan jet tentera udara Zionis telah menyasarkan gudang UNRWA di timur Gaza, menyebabkan tempat simpanan bekalan mekanan untuk rakyat Gaza itu terbakar.

Kebakaran tersebut memusnahkan bekalan makanan yang disimpan untuk lebih 1.5 juta penduduk Gaza. Para petugas perkhidmatan awam Palestin tidak mampu untuk menyelamatkan simpanan tersebut kerana bom yang digunakan oleh tentera Zionis adalah daripada jenis yang menghasilkan kebakaran yang tidak mungkin dapat dikawal.

Serangan ke atas UNRWA seperti ini pernah dilakukan oleh tentera Zionis dalam peperangan pada tahun 2008-1009.

Sementara itu rumah penduduk awam dan kebun pertanian terus menjadi mangsa serangan bom. Di samping serangan ke aras dua buah rumah di kejiranan al-Zaitoun, jet tentera Zionis juga menyasarkan dua buah ladang ternakan ayam dan sebuah bengkel pertukangan kayu.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts