AL-KHALIL, 10 Sep 2018 — Tentera penjajah Zionis pagi tadi menyerbu kota al-Khalil di selatan Tebing Barat, dan cuba memecah masuk kawasan sebuah sekolah sebelum menyerang serta mencederakan seorang guru dan menculik pengetuanya.

Tentera Zionis memburu pelajar-pelajar dengan melepaskan tembakan bom gas pemedih mata dan grenad pelali, menyebabkan kecederaan ke atas seorang guru, Shukri al-Zaru al-Tamimi. Ramai pelajar mengalami sesak nafas akibat serangan tersebut.

Tentera Zionis kemudiannya menculik pengetua sekolah, Adnan Da’na.

Sekitar 370 kanak-kanak Palestin belajar di sekolah rendah tersebut.

(IMEMC, PNN, MEMO)

SHARE