KHARTOUM, 9 Jan 2017 (BHP) — Seramai 30 pelajar Palestin yang sedang melanjutkan pelajaran dalam bidang perubatan di beberapa universiti terpilih di Sudan telah menerima wang bantuan sara hidup sumbangan masyarakat Malaysia akhir bulan lalu.

Program menaja 30 pelajar perubatan yang berasal dari Gaza dan Tebing Barat, termasuk al-Quds, bermula pada tahun 2012. Bantuan tersebut dibuat dengan kerjasama Yayasan al-Sarra, melibatkan saraan kos penginapan, makanan, pengangkutan dan peralatan. Yuran pengajian mereka ditaja oleh kerajaan Sudan.

SHARE