Hamarsheh Dijatuhkan Hukuman Penjara Lapan Bulan

reemJENIN, 6 Jun 2014 — Mahkamah tentera Zionis di Salem menjatuhkan hukuman penjara selama lapan bulan ke atas Reem Hamarseh, isteri kepada aktivis Adnan Hamarsheh, semalam.

Mahkamah berkenaan enggan mengambil kira masalah kesihatan dan kemanusiaan Reem yang perlu menjaga anak-anak dalam keadaan suaminya sedang ditahan dalam penjara.

Reem ditangkap tiga bulan lalu di lintasan Karama sejurus selepas tiba dari Jordan. Suaminya yang sedang mengalami masalah angin ahmar turut ditangkap pada hari yang sama. Ketika ditangkap, Reem membawa dokumen rawatan kesihatan untuk suaminya.

——

Sumber : Palestinian Information Centre.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts