Hamas Komited Dengan Kertas Cadangan Perdamaian Anjuran Mesir

19 Oktb – Jurubicara Hamas, Sami Abu Zuhri, hari Ahad lepas mengatakan bahawa para pemimpin Hamas akan mengirim rombongan ke Kaherah untuk bertemu dengan para pentadbir Mesir bagi menyatakan sikap mereka terhadap kertas cadangan perdamaian yang dirangka oleh Mesir. Abu Zuhri menekankan bahawa perhubungan sedang berlangsung untuk menentukan tarikh kedatangan para pemimpin Hamas itu ke Mesir.

Dalam sebuah kenyataan kepada PIC, Abu Zuhri menerangkan bahawa kertas cadangan perdamaian anjuran Mesir mencantumkan hal-hal yang tidak dibahas sebelumnya dan Mesir juga menghapus beberapa hal-hal yang telah disepakati untuk dimasukkan dalam kertas cadangan itu.

Juru bicara Hamas itu menegaskan “Kami memberi komitmen dengan kertas cadangan tersebut sebelumnya, yang telah kami terima dan kami nyatakan persetujuan kami, dan tidak ada perubahan sikap lagi; fokus kami sekarang tertumpu kepada amendemen pada kertas cadangan itu, yang tidak pernah dibahas sebelumnya dengan para pentadbir Mesir.”

Sementara itu anggota Biro Politik Hamas, Muhammad Nashr, mengungkapkan kepada saluran televisyen satelit Al Jazeera yang memberi respon dalam hal kertas cadangan perdamaian tajaan Mesir,  Komitmen Hamas  adalah bukti keseriusan yang ditunjukkan oleh gerakannya demi mengakhiri perpecahan dalaman, dan itu sudah dilaksanakan Hamas sejak dari awal. Sebenarnya menurut Nashr, siri sesi dialog nasional itu sudah berada di ambang kehancuran, akan tetapi syukurnya Hamas masih memberikan ruang dan peluang, sehingga dialog masih boleh dilaksanakan.

Nashr menegaskan bahawa selama beberapa bulan terakhir, Hamas amat komited dengan apa yang telah disepakati. Ia membenarkan bahawa Hamas meminta pihak Mesir agar menyesuaikan apa-apa yang telah disepakati sebelum ini dengan kertas cadngan perdamaian yang sekarang agar kekeliruan tidak disengajakan dapat diperbaiki.PIC/ EZ

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on telegram
Telegram

Related Posts