BAITULMAQDIS, 8 Feb 2018 — Jawatankuasa hal ehwal dalaman parlimen Zionis semalam membahaskan cadangan polisi supaya tidak menyerahkan jenazah penduduk Palestin yang dibunuh oleh tentera kepada keluarga mereka.

Pengerusi jawatankuasa tersebut yang juga seorang ahli parlimen parti Likud, Yoav Kisch, mengusulkan semua “pengganas” dihapuskan [dibunuh] di tempat kejadian. Mereka turut mencadangkan supaya dihentikan perdebatan samada jenazah ditahan atau tidak, sebaliknya jenazah-jenazah terbabit tidak harus diserahkan buat selama-lamanya, atau dibuang sahaja ke laut.

Ahli Parlimen Akram Hasoon dari parti Kulanu berhujah bahawa upacara pengkebumian jenazah Palestin boleh melahirkan 10,000 orang anti-Yahudi. Oleh itu, beliau menegaskan supaya jenazah tidak diserahkan, bahkan rumah-rumah keluarga mereka mesti dimusnahkan.

Manakala Ahli Parlimen Anat Berko dari parti Likud berkata penduduk Palestin patut dihapuskan [dikebumi] layaknya seperti seekor keldai di waktu malam, supaya tidak ada sesiapa melihat pengkebumian tersebut.

(MEMO)

SHARE