Hospital-hospital Gaza dalam keadaan darurat

GAZA, 9 Apr 2018 — Para doktor di hospital-hospital Gaza bergelut untuk menyelamatkan ribuan penduduk Palestin yang cedera diserang tentera Zionis di sepanjang kawasan sempadan.

Hospital-hospital kini mengisytihar keadaan darurat kerana kekurangan alat perubatan dan ubat-ubatan.

Dalam perkembangan berkaitan, rejim Zionis enggan membenarkan dua orang mangsa yang cedera parah dipindahkan dari Hospital Shifa ke Hospital Arab al-Istishari di Ramallah, Tebing Barat. Hospital Shifa tidak mempunyai kemudahan untuk merawat dua mangsa tersebut, Yousef Karnaz, 20, dan Mohammad Al-‘Ajouri, 17, yang cedera ditembak pada 20 Mac lalu.

(IMEMC, DoP)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts