Israel Bunuh Tentera Mereka Sendiri

Tentera Israel Koperal Gilad Shalit telah terbunuh akibat serangan bom yang dilancarkan pasukan Zionis Israel sendiri. Brigade al-Qassam dalam pernyataannya menyatakan, Israel telah membom sebuah rumah di mana Shalit ditawan di utara Jalur Gaza.”Pesawat-pesawat Zionis telah mengebom rumah itu hingga rata dengan tanah, yang menyebabkan askarnya (Shalit) terbunuh. Mereka (Israel) lebih suka memilih cara mati yang mengerikan bagi tentera mereka yang berada dalam tawanan para mujahidin al-Qassam,” demikian pernyataan yang dikeluarkan Brigade al-Qassam – sayap ketenteraan Hamas, hari Isnin (12/1).

Gilad Shalit menjadi tawanan pejuang Palestin sejak ia tertangkap tahun 2006 lalu dalam sebuah operasi di perbatasan. Sebelumnya, Brigade al-Qassam menyatakan bahawa Shalit terluka dalam serangan udara Israel. Shalit kemudian dipindahkan ke tempat lain dan diberi rawatan oleh para mujahidin Hamas.

Pihak Israel belum memberikan kenyataan rasmi atas berita bahawa askar mereka Gilad Shalit sudah mati akibat bom pesawat-pesawat tempur Israel. Timbalan Menteri Pertahanan Israel Matan Vilnai mengatakan bahawa pemerintah Israel memberikan perhatian besar pada keselamatan Gilad Shalit.

“Kami mempertimbangkan posisi Shalit dalam setiap posisi serangan yang kami lakukan di Gaza. Tapi saya fikir, akan lebih baik jika kita tidak banyak membicarakan persoalan ini,” ujar Vilnai.

Ketidakmampuan Israel untuk membebaskan Shalit menjadi isu kontroversi di Israel. Hamas mengajukan syarat Israel membebaskan para tahanan Palestin sebagai pertukaran pembebasan Shalit. Namun Israel menolak tuntutan Hamas itu. (ln/prtv)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts