Israel Mempersiapkan Yahudisasi Al Quds

Ahli Parlimen Palestin, Fadl Hamdan, mendedahkan perancangan Israel untuk membina penempatan baru di atas tanah Palestin yang mereka rompak di daerah kejiranan Beit Safafa, selatan Jerusalem.

Dalam satu kenyataan media yang diterbitkan Isnin lalu, beliau memberi amaran bahawa perancangan Israel tersebut adalah bertujuan merampas lebih banyak tanah milik Palestin dan seterusnya membawa masuk lebih ramai pendatang Yahudi ke Jerusalem dan sekitarnya, sebagai langkah-langkah akhir dalam peracangan mereka untuk meyahudisasi Jerusalem.

Sementara itu, persatuan Ir Amin (City of Nations: www.ir-amim.org.il) Israel mengesahkan bahawa majlis perbandaran Israel di Jerusalem telah meluluskan satu perancangan untuk membina 549 unit kediaman di kejiranan Beit Safafa.

Menteri Pelancongan dan Warisan Palestin, Dr Mohamed al Agha, emnyerus semua kaum Arab dan orang Islam supaya melakukan protes bagi menekan kerajaan-kerajaan mereka supaya turut menyelamatkan masjid Aqsa dan tempat-tempat suci umat Islam yang lain di bumi Palestin yang terjajah. Beliau juga menyeru suapay setiap langkah yang perlu harus diambil begi menentang Israel dalam tindakan mereka memasukkan masjid Ibrahimi dan masjid Bilal dalam senarai tapak-tapak warisan dan sejarah Yahudi.

Beliau juga mengingatkan bahawa keputusan zionis itu dibuat hanya beberapa hari sebelum ulang-tahun ke-16 petistiwa pembunuhan di Masjid Ibrahimi yang telah menorbankan 29 nyawa rakyat Palestin yang sedang beribadah di dalam masjid berkenaan.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts