Israel Rancang Bina 5000 Lagi Perumahan di Jerusalem

Jerusalem yang dijajah, 26 Disember – Menteri Perumahan Israel merancang untuk membina dan memasarkan hampir 5000 unit baru untuk penduduk Yahudi di Jerusalem Timur dan Barat yang diduduki.

Peguam Qais Nasser Yousef, seorang pakar dalam bidang Pembinaan dan Perancangan Undang-Undang, menyatakan bahawa pada tahun 2010 Menteri Perumahan Israel telah menjual lebih dari 1400 unit di pemukiman di Jerusalem Timur dan Tebing Barat, sebahagian besar dijual di penempatan Shmoel Homat, Maaleh Adumim, dan Pisgat Zeev.

Nasser juga menyatakan bahawa pada 25 November 2010, satu jawatankusa yang disebut “Pembangunan dan Perancangan Jawatankuasa” di Jerusalem menyatakan rancangan untuk pembangunan 1,230 unit di Jabal Abu Ghneim (Har Homa), Homat Shmoel dan Ramot.

Pembinaan ini merupakan sebahagian daripada rancangan yang dicadangkan beberapa bulan yang lalu juga menganjurkan untuk pembangunan 1,961 unit di penempatan Shlomo Ramat di Jerusalem.

Amerika Syarikat dan Presidennya, Barack Obama, menyatakan kegagalan mereka dalam cubaan meyakinkan Israel untuk melanjutkan pembekuan pemukiman sembilan bulan yang berakhir pada akhir September tahun ini, dan mengakui kegagalan dalam mencapai kemajuan dalam pembicaraan perdamaian Timur Tengah.

Israel mendakwa bahawa kegiatan penempatan tidak menjejaskan usaha untuk meneruskan perbincangan keamanan dengan Palestin, sementara Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, dan kerajaannya itu mengatakan bahawa Palestin yang membuat alasan, dan sesungguhnya Israel mahu melanjutkan pembicangan.

Palestin dengan jelas telah menyatakan pendirian bahawa perbincangan damai tidak dapat diteruskan selagi Israel terus membina penempatan Yahudi di wilayah-wilayah pendudukan, termasuk di Jerusalem Timur, yang bakal dijadikan ibukota negara Palestin di masa depan.

Semua pemukiman di kawasan-kawasan-kawasan pendudukan adalah menyalahi undang-undang di bawah undang-undang Antarabangsa dan Konvensyen Geneva Keempat. (imc)

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on email
Email

Related Posts