Israel Rancang Wujudkan Universiti di Tebing Barat Palestin

Menteri Pertahanan Israel, Ehud Barak, telah memutuskan untuk menaiktarafkan Institusi Perguruan Yudea dan Samaria, yang terletak di pemukiman Ariel di Tebing Barat, sehingga menjadi pusat universiti.

Ini merupakan satu langkah maju untuk mendapat pengiktirafan sebagai universiti. Institusi Perguruan Tinggi ini juga akan diberikan tambahan dana yang signifikan, sehingga memungkinkannya untuk meningkatkan jumlah mahasiswa.

Walaubagaimanapun, ratusan profesor dan pensyarah dari universiti terkemuka Israel telah mengecam keputusan pentadbiran mereka untuk mengakui universiti pertama yang dibangunkan di atas tanah Palestin yang diduduki di Tebing Barat. Kecaman juga keluar dari kelompok antarabangsa untuk boikot universiti Israel.

“Perkara ini merupakan sebuah kesalahan untuk dapat membuat sebuah universiti Perguruan Tinggi di luar persempadanan Negara Israel dan ianya mahu diiktiraf oleh  Dewan Pendidikan Tinggi,” antara kenyataan mereka dalam sebuah akhbar kepada Dewan Pendidikan Tinggi sebagaimana dilaporkan oleh Haaretz, pada hari Rabu (10/2).

Institusi Perguruan Tinggi ini adalah institusi perguruan terbesar Israel dan telah wujud sejak tahun 1982 sebagai kampus Tebing Barat hasil kerjasama dengan Bar Ilan University di Ramat Gan, berhampiran dengan Tel Aviv.

Kerjasama dengan Universiti Bar Ilan berlangsung pada tahun akademik 2004-2005 dengan keputusan pentadbiran institusi untuk menjadi beroperasi secara sendiri dan mengejar status universiti.

Pada tahun 2007, lembaga pendidikan ini menyatakan institusi mereka sebagai ‘pusat universiti’, satu keputusan yang juga disokong oleh Kementerian Pendidikan dan Dewan Pendidikan Tinggi. (mirzah/palcron)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts