Issawiya: Rejim Zionis tuntut RM28,000 untuk bebaskan jenazah Mohammed Obeid

BAITULMAQDIS, 30 Jun 2019 — Pertempuran di bandar Issawiya di Baitulmaqdis Timur semakin serius, di mana lebih 95 penduduk tercedera dan lebih 30 yang lain ditangkap sejak Khamis lalu.

Tentera Zionis turut menyasarkan serangan di kawasan lain sekitar Issawiya termasuk Kota Lama Baitulmaqdis. Mereka beberapa kali memecah masuk dan mengganggu operasi Hospital al-Makassed. Dalam serbuan mereka ke atas al-Makassed, polis dan tentera Zionis memukul para doktor, jururawat dan juga pesakit, di samping mengerahkan anggota mereka ke berbagai lokasi dalam hospital untuk menangkap pemuda-pemuda Palestin yang dirawat di situ.

Dalam perkembangan berkaitan, rejim Zionis memaklumkan keluarga Mohammad Sameer Obeid bahawa jenazahnya akan diserahkan dengan syarat mereka membayar tuntutan sebanyak 25,000 Shekels (RM28,000). Mereka turut dikenakan beberapa syarat lain termasuk mengebumikannya pada waktu malam di tanah perkuburan Salahuddin dengan kehadiran tidak melebihi 50 orang, serta tidak dibenarkan mengibar bendera Palestin.

Keluarga Obeid menolak “tawaran” pembebasan jenazah anak mereka itu.

Mohammad Sameer Obeid, 21, ditembak dari jarak dekat secara sengaja pada hari Khamis lalu. Tentera Zionis menculik jenazah beliau sebelum menculik ayahnya Samir dan adik perempuannya Sondos.

(IMEMC)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts