AL-QUDS, 19 Julai 2017 (PIC) — Jabatan Wakaf Islam di kota al-Quds memutuskan untuk menutup semua masjid di kota suci itu supaya semua penduduk hadir mendirikan solat Jumaat di pintu-pintu Masjid al-Aqsa.
Dalam satu sidang media di al-Quds hari ini, Mufti Besar al-Quds Muhammad Hussein berkata penduduk Palestin tidak akan sekali-kali menerima syarat yang dikenakan oleh rejim Zionis ke atas para jemaah al-Aqsa sejak hari Jumaat lalu.
Sementara itu khatib al-Aqsa, Sheikh Ekrema Sabri, menegaskan bahawa para jemaah tidak akan memasuki tapak suci umat Islam itu melalui alat pengesan logam yang dipasang oleh polis Zionis.