Janakuasa Elektrik Gaza Tidak Dapat Beroperasi

GAZA, 13 Nov 2014 (PIC) — Janakuasa elektrik Gaza tidak dapat beroperasi mulai awal pagi semalam apabila bekalan minyak hampir kehabisan.

Menurut ketua janakuasa di Gaza, Rafiq Maliha, kemasukan bekalan minyak ke Gaza telah dihentikan pada hari Selasa apabila rejim Zionis menutup pintu lintasan Karem Abu Salem berikutan kemalangan lori pengangkut minyak di lintasan tersebut.

Seorang rakyat Palestin terkorban dan dua lagi tercedera dalam kejadian di mana sebuah lori pengangkut yang membawa minyak disel ke Gaza meletup di lintasan Karem Abu Salem, di dalam wilayah Gaza. Punca kemalangan masih belum dikenal pasti.

Pihak berkuasa rejim Zionis berkata semua kemasukan bekalan minyak ke Gaza ditangguhkan sehingga kerosakan akibat kemalangan tersebut diperbaiki.

Tentera Zionis mengebom tangki utama simpanan minyak bagi kegunaan janakuasa elektrik Gaza dalam peperangan baru lalu. Sehingga kini, janakuasa yang membekal elektrik kepada 1.8 juta penduduk Gaza itu hanya mampu mengeluarkan 90MW, berbanding dengan keupayaan sebenarnya pada 140MW.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts