Jordan kecam tindakan Israel musnahkan laluan ke al-Aqsa

Jordan, 3 Nov- Jordan mengecam tindakan kontroversi Israel memusnahkan laluan penghubung ke kawasan Masjid Al Aqsa di Jerusalem dan menegaskan tindakan itu akan membawa kepada keganasan yang tidak berkesudahan di timur tengah.

Menteri Waqaf dan Hal Ehwal Islam Jordan, Abdul Salam Abbadi berkata dalam kenyataannya, “Yayasan Waqaf Jerusalem adalah pihak yang sah dan berhak keatas Al-Haram Al-Sharif (kawasan suci). Israel tidak berhak menutup jalan penghubung itu sewenang-wenangnya,”

Jordan adalah pihak berwajib menjaga tempat suci umat Islam di Jerusalem dengan kerjasama pihak berkuasa Palestin, “Kami menyeru masyarakat antarabangsa untuk menghentikan penindasan dan keganasan terhadap Al-Haram Al-Sayrif,” kata menteri berkenaan.

“Jika masyarakat antarabangsa gagal berbuat demikian, maka keganasan baru akan meletus dan menyebabkan keganasan di Timur Tengah terus berulang.”

Pada 25 Oktober yang lalu, rejim Zionis di Jerusalem menyatakan bahawa mereka telah mengarahkan pemusnahan jalan penghubung ke Gerbang Al Mughrabi yang bersejarah menuju ke Hait Al Buraq atau lebih dikenali sebagai dinding ratapan kaum yahudi yang terletak di sebelah barat kawasan perkarangan Masjid Al Aqsa. Kawasan dinding sebelah barat Masjid Al Aqsa itu selama ini menjadi tempat ibadah kaum yahudi.

Laluan penghubung itu telah dibangunkan pada tahun 2004 sebagai laluan sementara ekoran dari runtuhan yang terjadi sebelum ini. Laluan ini digunakan oleh golongan pelawat bukan Muslim ke kawasan bersejarah dan pihak keselamatan Israel juga menggunakannya untuk memasuki perkarangan Masjid Al Aqsa.

“Perlaksanaan rancangan pihak Israel akan mencetuskan ketegangan di Al-Haram Al-Syarif dan Yayasan Islam di kota suci Jerusalaem dan akan bercanggahan dengan undang-undang dan konvensyen antarabangsa,” tegas Abbadi, yang mana negaranya menanda-tangani perjanjian damai dengan Israel pada tahun 1994.

Arahan pemusnahan telah dikeluarkan daripada pihak berkuasa tempatan Israel di Al Quds kepada Yayasan Pusaka Dinding Barat yang dikelolakan yahudi. Yayasan itu diperintahkan untuk memusnahkan struktur binaan dalam masa 30 hari dan pembinaan laluan baru akan dimulakan.

Menurut Abbadi, pihak pentadbiran waqaf sedia untuk menyegerakan pembaikan jambatan kayu di tempat itu atau membina jambatan baru sementara.

“Tujuan rejim Zionis Israel menghancurkan jambatan kayu menuju ke perkarangan Al-Haram Al-Syarif adalah sebahagian daripada agenda yahudi untuk menguasai tempat suci itu.” [OmerIshmael]

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on email
Email

Related Posts