RAMALLAH, 7 Nov 2017 — Mahkamah tentera Zionis di Ofer mengeluarkan arahan tahanan pentadbiran tanpa sebarang pengadilan selama enam bulan ke atas jurnalis dan aktivis wanita Palestin, Bushra al-Tawil.

Bushra, 25, yang berasal dari kota al-Bireh sebelum ini ditahan dalam penjara Zionis tanpa sebarang pendakwaan. Beliau ditangkap pada 1 November lalu setelah tentera memecah masuk rumah keluarganya. Bapanya Jamal al-Tawil adalah seorang pemimpin Hamas di Ramallah.

Mahkamah tentera mengeluarkan arahan hanya berdasarkan kepada “fail rahsia” yang diserah oleh pendakwaraya tentera tanpa membenarkan mangsa atau peguamnya membaca fail tersebut.

Bushra sebelum ini pernah ditangkap oleh tentera Zionis sebanyak dua kali, dan telah dibebaskan dalam tukaran tawanan Wafaa al-Ahrar.

SHARE