Jutawan Israel Tawar Beli Al-Jazeera

jazeeraJutawan media Israel telah membuat tawaran untuk membeli stesyen berita Al-Jazeera, jaringan televisyen satelit dari pemerintah Qatar. Haim Saban, telah mengajukan tawaran kepada pemerintah Qatar dalam usaha untuk membeli setengah dari jaringan satelit Al-Jazeera yang berpengkalan di Doha.

Akhbar Mesir, al-Mesryoon, melaporkan pada hari Rabu (7/10) bahawa jutawan Israel itu saat ini sedang terlibat dalam perundingan dengan Emir Qatar, Sheikh Hamad bin Khalifa Al-Thani, atas pembelian sebahagian outlet media. Pembincangan tersebut dikhabarkan dilakukan melalui mediator Mesir.

Khabar tersebut mulai muncul di tengah laporan yang mengatakan bahawa saluran berita berbahasa Arab terbesar dan paling kontroversial di Timur Tengah itu sedang bergelumang dengan krisis kewangan yang buruk saat ini.

Haim Saban sebelumnya mengajukan penawaran untuk membeli al-Jazeera pada tahun 2004, namun penawarannya itu ditolak. Tokoh terkemuka Israel-Amerika itu telah dijangka mengajukan sejumlah harga yang besar  untuk membeli saluran berita berbahasa yang popular itu. Semua ini dilakukan dalam usaha untuk  mengendalikan dan menyiarkan propaganda pro-Israel sehingga mampu mempengaruhi pandangan warga Arab agar mendukung regim hawkish Tel Aviv.

Al-Jazeera melahirkan revolusi media di dunia Arab setelah didirikan pada tahun 1996. Jaringan berita yang bergantung pada sumbangan kewangan negara ini, diperkirakan memakan dana lebih dari $ 70 juta per tahun, tetapi dengan syarat tidak menyiarkan berita yang bersifat mengkritik pemerintah Qatar. Al-Jazeera, bagaimanapun juga, merupakan program udara yang kerap melontarkan kritikan kepada semua negara.

Haim Saban sebelumnya telah membeli hak penyiaran untuk memasarkan filem kanak-kanak Jepun, The Power Rangers, di Amerika. Beliau adalah pendukung utama Israel dan sayap kanan pemerintah Netanyahu. Beliau adalah kelahiran Mesir dan adalah seorang pengusaha Yahudi yang terkenal kerana kemahirannya berunding dalam dunia perniagaan. (mirzah/presstv)

Sumber: haluanpalestin.org

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts