Kanak-kanak dalam perjalanan ke sekolah ditangkap oleh tentera Zionis

AL-QUDS, 26 Apr 2016 (Silwanic) — Tentera Zionis pagi tadi menangkap Adam Jibril Salaymeh, 12, selepas diserang ketika beliau sedang menuju ke sekolahnya di kejiranan Ras al-Amound di Silwan, al-Quds Timur.

Tentera yang berkawal sejak awal pagi di Jalan Sekolah secara sengaja menghasut dan menembak peluru getah ke arah mereka. Para pelajar yang melalui Jalan Syuhada Ayman Abbasi juga diherdik oleh tentera penjajah itu, menyebabkan mereka berkeliaran lari menyelamatkan diri.

Dalam kejadian berkaitan, tentera Zionis memecah masuk rumah keluarga Salaymeh dan menangkap Adam yang lari menyelamatkan diri ke dalam rumahnya.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts